Kembali ke blog lama

Salam,

Saya telah berblogging semula di blog asal di http://yazifa.blogspot.com/

Sila la singgah :)

Twin fish?






Free ride

Tutup depan buka belakang..

Korang tengok apa fesyen minah ni pakai.. ngalahkan pakaian artis barat la plak. Korang tahu sapa? Katanya juri sehari berdansa tu...malas nak komen lebih2. Memang haprak!!

Cerita dari metro

Tangisan anak2 di Gaza

Lihat la kekejaman bangsa Yahudi ni ke atas rakyat Palestine.. apa yang mampu kita lakukan? Sedih nya.. :-(

Along ke SAMER

Salam,

Hari ni 7 hb Jan hari pendaftaran pelajar tingkatan 1 ke SAMER, Sekolah Agama Menengah Rawang. Masa mendaftar dalam surat tawaran ialah dari pukul 9 hingga 11 pagi, pukul 10 pagi baru aku keluar sebab tunggu wife aku buat checkup kat Batu Arang.

Nasib baik ler dekat sekolah nya boleh sampai dalam 20 minit. Sampai dah ramai murid yang daftar dah, semak nama Along masuk kelas mana. Then masuk dewan untuk daftar diri dan daftar asrama sekali.

Taklimat oleh wakil PIBG dan Guru besar nya dalam 45 minit. Lepas taklimat terus pergi asrama dan disambut oleh senior yang tolong bawakan beg ke doom dapat doom 12. Satu doom ada 7 katil double decker so 14 orang la semua nya. Aku tengok ada katil yang dah bercadar, tinggal dua lagi yang belum ada so dapat la katil bawah.

Pasangkan cadar tilam dan betulkan almari yang hampir tak serupa almari, ganas juga bebudak sekolah agama ni. Almari yang ensel nya dah tertanggal pun ada. Almarinya pun kecil, besar lagi almari masa aku duk asrama sekolah teknik dulu. Mangga aku beli tapi lupa beli selak pintunya. Lepas kemaskan barang aku keluar pi cari kat kedai hardware, masuk semula pi kantin dulu makan sebab dah lapar hehe.. dah pukul 1.30 pun. Lepas makan aku minta dengan pengawal untuk masuk ke doom nak pasangkan kunci almari.

Sebelum balik pergi jumpa Along kat dewan masa daftar tadi, sessi taaruf dah mula hingga hari jumaat ni. Kasi kan sikit duit, cikgu nya pesan jangan bekalkan duit banyak sangat takut hilang katanya. Sekolah agama pun kes hilang duit ni ada gak katanya..

Aku pesan la apa yang perlu semasa tinggal di asrama base on pengalaman aku duduk asrama masa sekolah dulu. Masa kat doom tadi aku tanya kat budak senior tu di asrama ni ada ragging ke. Dia kat ada tapi tak la teruk sangat, teruk macam mana tu plak aku tanya dia senyum jer...

Lepas tu balik..minggu ni aku datang kot nak tengok macam mana.

Boikot produk Israel..

Salam,

kita semua tahu yang saudara seislam kita sedang di bunuh di Palestine dek kekejaman Israel. Aku kalau tengok news kat TV memang secara spontan aku akan memaki bangsa yahudi yang kejam ni..minta doa Allah turun kan bala kat askar2 yahudi/israel yang sedang membunuh rakyat Palestine. Tapi itu jer kita boleh buat berdoa, nak harap negara2 pak arab yang disekeliling Palestine tu bantu rakyat Palestine memang hampeh betul..setakat kutuk jer la.

Aku dengan ini menyertai para blogger2 yang lain untuk mengajak anda semua untuk memboikot barangan/produk yang menyumbang kepada negara Israel ini. Mungkin ada yang kata.. alah setakat boikot bukan nya boleh kalahkan bangsa yahudi. Tapi ini adalah antara bende yang kita boleh bantu sedara islam kita di sana, nak pergi berperang melawan kecanggihan senjata mereka memang kita tak mampu so kita guna cara lain. Mungkin tak beri impak yang besar tapi at least kita ada niat nak membantu rakyat Palestine dgn cara memberi tekanan dari segi ekonomi Israel.

Aku kerap terpikir kalau la diturunkan burung ababil musnahkan askar2 yahudi tu kan bagus...

Mana2 produk yang BOLEH kita boikot, kita boikot. Mana yang tak DAPAT tu apa nak buat..




Adakah anda sanggup melihat gambar2 ini tanpa sebarang perasaan...







Save IJN...

Salam,

Hari ni aku nak ajak sesapa yg jengok blog aku ni sertai kempen blogger untuk selamatkan IJN. Tentu ramai dah maklum akan isu ini so tak payah ler aku explain kan :-) So kalau korang faham isu sebenar pasal ni dan menentang penjualan IJN tu boleh ler join blogger yang lain dengan meletakkan logo di bawah kat blog korang sebagai sokongan. Tak nak pun takpe!


SAY NO TO SIME DARBY!

Hari pertama pesekolahan 2009

Hari ini hari pertama sekolah untuk 2009, tahun ni 4 orang anak aku yang bersekolah. Along akan masuk tingkatan 1 ke SAMER rawang, Angah darjah 5 dan Along darjah 3 akan mula bersekolah di SK BTP 2 dan Uda di Pra sekolah JAIS di Sg Besar.

Along akan daftar pada 7hb nanti dan akan duduk di asarama, sk btp 2 masih belum siap sepenuhnya so untuk tempoh 3 bulan ni akan menumpang lagi di sekolah menengah btp pd sessi petang.

Kak Uda akan masuk pra sekolah JAIS kat kampung wife aku, aku memang tak nak hantar sebab jauh tapi wife aku yang nak sangat so aku benarkan la. Hari sabtu lepas dah balik ke kampung, so hari ini wife aku kat kampung lagi untuk uruskan semua bayaran sekolah tu. Kak Uda nya memang suka dapat duduk dengan atuk dan neneknya, hari2 dok tanya bila nak sekolah kampung ni... sampai naik jemu plak nak menjawab nya :-)

Pagi ni angah dan alang akan ke sekolah agama, petang akan ke sekolah kebangsaan.

Cuba ni...

Tak tau la samada anda semua dah tahu ke belum ni. Buka yahoo.com dan cuba anda klik pada tanda seruan dihujung perkataan yahoo tu...tengok apa jadi.

Pasikan komputer anda ada speaker ler :-)


TALI PINGGANG BELAKANG... PENTINGKAH SANGAT?

Hari ni dah masuk hari ke 3 penguatkuasaan penggunaan tali pingang keledar belakang. Ramai gak dengarnya dah kena saman, dah beritahu supaya pakai pun ada juga yang kena saman! Ni samada mereka tu degil atau memang dia orang memang banyak duit nak bayar saman :-)

Bagi kereta yang takde tali pingang keledar tu macam mana yer? Saya rasa mesti ada penyelesaian terbaik bagi kereta yg didaftarkan sebelum tahun 1995 yang tiada tali pinggang keledar jika kita benar2 prihatin tentang keselamatan diri kita serta keluarga kita.

Bagi aku elok la pakai, bagi anak2 yang masih kecil tu latih la mereka supaya pakai. Ini demi keselamatan mereka juga, jika mereka menangis tak nak pakai biar! Biarkan mereka menangis sekarang dari kita yang menangis nanti. Bukan la kita minta sesuatu yang buruk berlaku kan..tapi elok la beringat sebelum terjadi apa2

Memang ada pro dan kontra dalam isu ini, dalam byk forum kat internet yang aku baca ramai gak yang menghentam dari melihat kesan positifnya usaha baik pihak berwajib dalam isu ini. Tak paham sungguh dengan kebanyakan orang malaysia ni.....

Cuba masuk youtube dan type rear seat belt pada engine seach..Lihat dengan mata kepala anda sendiri kenapa undang2 supaya seat belt belakang perlu diwajibkan.

Susah memang susah .... tapi sayang ler nyawa tu......
Satu contohnya..




yang ini pula.... dengar kata pakar...



kita lihat beza antara pakai dan tak pakai...



untuk lihat maklumat tentang keselamatan kereta masuk kat web ni.. http://www.euroncap .com/home. aspx. Banyak lagi info2 lain kat internet yg boleh kita cari..

Sempena tahun baru 2009M dan 1430H ni... ada baik nya kita berhijrah kepada yang lebih baik demi kita dan juga keluarga kita. Rasanya tak rugi kan...

Makin kurang ajar

Korang tengok snap shot ni..depa ni makin kurang ajaq! Ini la hasil keterbukaan PM Malaysia sejak dia memimpin...maaf la kalau ada die hard fan PM Malaysia yang baca.

Tak kisah la kalau dia nak berniaga tapi awat plak menghina melayu dengan perkataan ba** tu. Ni sengaja nak cari pasal la ni..

maharajavideo.com