Tol Plus turun

Hah..elok la tu jika betul. Dapat gak ringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi meleset ni, tapi orang kampung tak guna highway.. tak dapat ler manafaat dari tindakan menurunkan kadar tol ni kan.. harga petrol tu patut diturunkan lagi. Tengok kat bawah tu, harga crude oil pun dah bawah usd60.. bila la pak jib nak turunkan lagi harga petrol ni..hemmm

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my



Kadar baru diumum Selasa ini: Mohd Zin

SEPANG: Plus Expressways Berhad (Plus) dijangka menurunkan kadar tol di lebuh raya kendaliannya dan pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat oleh syarikat berkenaan Selasa ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi menjelaskan persetujuan berkenaan dicapai selepas kerajaan mengadakan rundingan dengan semua syarikat pemegang konsesi, termasuk Plus bagi menilai semula bayaran tol lebuh raya di seluruh negara, sejak beberapa bulan lalu.

Berita lanjut kat sini

1 comments:

East Coast Cycling Team said...

Bagus lah kalau macam tu....!!!

maharajavideo.com